Salam sejahtera. Oktober merupakan Bulan Kesedaran Barah Payudara atau Breast Cancer Awareness Month. Kanser payudara ini boleh dirawat seandainya masih berada di peringkat awal. Jadi, di sini, ingin saya mengingatkan kepada para wanita untuk sentiasa mengadakan Breast Self Examination seberapa kerap yang mungkin. Terdapat pelbagai tutorial di Internet yang memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri atau lebih dikenali sebagai…
How to perform a breast self-exam
Bersempena Breast Cancer Awareness Month, saya postkan video kaedah pemeriksaan sendiri payudara atau lebih dikenali sebagai BSE. BSE atau Breast Self Examination ni hendaklah dilakukan sebulan sekali, sebaik-baiknya dua minggu selepas kedatangan haid. Kaum wanita hendaklah mengetahui teknik Pemeriksaan Payudara yang betul dan mempraktikkannya selalu – termasuklah ketika mengandung dan setelah menopaus.