Ustaz Haron Din Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi rajiuun.

Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi semalam setelah dimasukkan ke dalam wad ICU di Stanford University, Amerika Syarikat akibat masalah jantung.

Allahyarham dikatakan mengalami komplikasi jantung sebelum ini dan dirawat di hospital berkenaan sejak beberapa hari lepas.

Sebelum ni Allahyarham pernah menjalani angiogram lewat tahun lepas.

Tentunya berita ini amat menyedihkan kita semua dan kita memohon agar keluarga Allahyarham tabah di dalam menghadapi dugaan ini.

 

ust_haron_din_001

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.