Kita sedia maklum pasal kepulangan perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah, yang dah kembali ke Malaysia setelah menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Canada.
Selva Kumar, 57, yang didapati bersalah merogol dan mencabul kehormatan puluhan wanita di Canada (sekitar tahun 80-an) tetap dibebaskan walaupun dibimbangi akan mengulangi jenayah seksual itu lagi.
![]() |
![]() |
![]() |
Ramai yang merasakan Selva Kumar ni masih lagi seorang sexual predator dan tetap berbahaya andainya dibiarkan bebas. Tapi by law, dia dah boleh hidup bebas. Cumanya, mungkin payah sikit laa nak dapat pekerjaan. Maklumlah, semua orang dah kenal rupa dia.
Ada juga segelintir kecil yang merasakan dia bukan lagi ancaman sebab dah habiskan 24 tahun di dalam penjara. Yelah, dah lama sangat masuk penjara mungkin dah sempat nak reflect back on life kot. Barangkali dah bertaubat. Siapa tahu?
Apa-apa pun pihak PDRM telah berjanji untuk mengawasi beliau dalam tempoh masa ini. Harapnya, tiadalah insiden yang tidak diingini berlaku.
Only time will tell.
Ada juga beberapa posting di Facebook yang menyeru kepada kaum hawa untuk menutup aurat sekiranya nak selamat daripada menjadi mangsa Selva Kumar. Saya rasa itu adalah info yang kurang tepat. Dah kalau nak jadi tu, jadilah jugak… tak kiralah apa yang dipakai.
Saya punya nasihat adalah untuk invest dalam pepper spray yang bagus. Yang boleh spray sekurang-kurangnya 10-12 kaki. Itu untuk kita punya own personal protection. Pastikan juga kita sentiasa berteman, terutama di waktu malam. Dan, kalau sengsorang pon pastikan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.