Awat Bang Non Tak Jadi PM ke-9?

DSAI: Misi Menjadi PM?

Saya selalunya tak menulis pasal perihal politik dalam negara. Tapi, memandangkan saya terperap kat rumah sepanjang NRP Fasa Satu ni (formally known as MCO), saya banyak melihat perkembangan politik kat TV dan juga SocMed.

Saya agak kagum jugaklah dengan kesungguhan yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), atau lebih dikenali netizen sebagai Bang Non. Walaupun dia tak terpilih jadi PM tapi dia ni takde langsung istilah putus asa.

Teringat pulak kata-kata pujangga Captain America dalam filem Avengers. Ya, Captain America ni ialah hero yang paling saya minati. Saya percaya anda juga meminatinya. Tapi, adakah Anwar Ibrahim ni ahli politik yang paling kita minati?

Alamak… betul ke?

Secara peribadinya, saya tak mengenali pun DSAI ni tetapi gaya beliau berpolitik ni tak macam ahli-ahli politik yang lain. Bang Non ni bila bersuara… fuh, menampakkan keazaman dan dedikasi dia yang begitu tinggi. Ciri-ciri seorang ketua. Ya, dia memang petah berbicara. Mungkin terlalu petah.

Sebagai seorang rakyat biasa, I will usually go with my gut instinct. Jadinya, bila saya mendengar DSAI berucap, bagi saya, pertuturannya too well-rehearsed dan terlalu polished. Saya jadi kurang yakin.

Izin saya jelaskan…

Saya ni was-was sikit bila mendengar ahli politik berucap. Saya akan cuba menilai melalui penyampaiannya, apa yang cuba nak disampaikan, kredibiliti, pembawakan diri, ketrampilan dan gaya percakapan. Seseorang yang begitu fasih berbicara senantiasa akan membuat saya lebih berhati-hati. Agaknya saya ni paranoid kot.

Atau, mungkin ni hanyalah response saya bila ahli politik membuka mulut. Almaklumlah, ahli-ahli politik ni bukannya terkenal dengan sifat kejujuran mereka. Yelah, rakyat marhaen selalu kena tipu berulang-ulang kali oleh ahli politik. Ini membuatkan kita lebih matang dan waspada dalam membuat keputusan.


Jadinya, keadaan yang memaksa saya menjadi lebih berhati-hati dalam membuat penilaian. Malangnya, saya ni bukannya pakar menilai orang dan ahli politik.

Patutnya bila pandemik ni melanda, ahli-ahli politik seharusnya bekerjasama menanganinya. Amat sedih kita tengok perebutan kuasa ni berlaku tatkala kebanyakan ahli-ahli politik kita ni terdiri dari golongan warga emas! Hai… tua-tua pun dok gaduh berebut kuasa? Adoi, buat malu kat cucu.

Apapun, tahniah kita ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri a.k.a. Pak Long di atas perlantikannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Harap berkekalan lebih dari 18 bulan lah.

Photo Courtesy of Kementerian Kesihatan Malaysia on Facebook.

Sorry, Bang Non, better luck next time. Stay safe ya! Insyallah, ada lagi peluang PM ke 10 atau 11 nanti. Biar masa menentukan.

#RakyatJagaRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *