Bagai Bulan Terbelah Dua

Gambar sekadar hiasan.

Pertama sekali saya mohon maaf sebab tajuk ni mungkin berbunyi sikit romantik tetapi ni bukanlah kisah cinta antara dua insan. Sebaliknya, ia bertujuan mencari kebenaran tentang dakwaan bahawa bulan pernah terbelah dua sekitar 1400 tahun dahulu.

Sedikit disclaimer: topik yang saya pilih ni bukannya untuk memperlekeh atau menghentam mana-mana fahaman, mazhab, ideologi dsbnya tetapi lebih kepada perbincangan santai agar kita dapat sedikit pencerahan pasal kisah ni.

Walaupun Al-Quran dan Hadis menceritakan pasal insiden bulan terbelah dua ini… saya agak terkejut kerana ramai jugak yang tak tahu-menahu pasal kisah ini. Yang tau pun, agak tak jelas sangat jalan ceritanya. Maklumlah, dengar pun daripada geng-geng Ustaz masjid yang tak menghuraikan secara factual.

Geng-geng Ustaz ni pulak, pada kebiasannya, akan menambah “garam” ke dalam cerita-cerita mereka agar ianya kedengaran lebih menarik. Yelah, kalau factual sangat pun bosan pulak pakcik-makcik kat masjid nanti. Kang AJK masjid tak jemput lagi geng-geng Ustaz ni datang bagi ceramah pulak.

Apapun, mari kita kaji isu ni lebih mendalam lagi.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat)
dan terbelahlah bulan.
(
Al-Qamar 54:1)

Berikut pula dalilnya dari Hadis yang sahih:

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, ia berkata:

رَأَيْتُ الْقَمَرَ مُنْشَقًّا بِشِقَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ بِمَكَّةَ قَبْلَ مَخْرَجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، شِقَّةٌ عَلَى أَبِي قُبَيْسٍ، وَشِقَّةٌ عَلَى السُّوَيْدَاءِ” فَقَالُوا: سُحِرَ الْقَمَرُ. فَنَزَلَتْ {اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ} [القمر: 1]

“Aku melihat bulan terbelah menjadi dua bahagian sebanyak dua kali. Peristiwa ini terjadi di Mekah sebelum hijrahnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Satu potongan di atas Gunung Abu Qubais dan potongan lainnya di atas as-Suwaida. Mereka berkata: ‘Bulan telah disihir’. Turunlah firman-Nya: ‘Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan’.”

(HR. al-Hakim 3757. Ia berkata hadis ini sahih sesuai dengan syarat al-Bukhari dan Muslim walaupun keduanya tidak meriwayatkannya. Disepakati oleh adz-Dzahabi).

Ada banyak lagi hadis-hadis sahih yang mengisahkan benda yang sama jadi saya tak perlulah tempek semuanya kat sini, ye tak?

Pointnya, Islam menceritakan bahawa Nabi pernah, dengan izin Allah SWT, membelah bulan menjadi dua bahagian sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran dan juga hadis.

Mengapa dan bila bulan terbelah dua?

Menurut hadis-hadis yang sahih, peristiwa bulan terbelah dua ni dikatakan berlaku selepas peristiwa Israk dan Mikraj.

Dikhabarkan selepas Nabi pulang dari menjelajah ke bumi Palestin menaiki Buraq – sejenis kuda bersayap – dan seterusnya terbang ke angkasa lepas (dalam satu malam)… ramai yang kurang percaya dengan cerita baginda itu terutamanya golongan mushrikeen Mekah.

Jadinya, kaum mushrikeen mintak Nabi SAW membuktikan kenabiannya dengan membelah bulan menjadi dua bahagian. Dengan berkat doa Nabi, dan dengan izin Allah SWT, maka terbelahlah bulan menjadi dua sebagaimana yang kita baca dalam Al-Quran dan Hadis di atas.

Ironinya, walaupun bulan terbelah dua, kaum mushrikeen masih tidak percaya cerita Nabi ini dan menuduh baginda mengamalkan ilmu sihir pulak!

What’s the point?


Dari sudut sains dan sejarah

Akan tetapi, bila kita teliti dari sudut sains, kita dapati bahawa peristiwa ini tidak pernah berlaku. Andainya bulan pernah terbelah dua dahulu sudah tentunya akan ada bukti-bukti fizikal yang ketara. Malangnya, tiada bukti yang boleh dilihat atau dikaji bagi menyokong dakwaan ini.

Kenapa perlu ada bukti pulak? Tidakkah cukup sekadar dakwaan?

Bukti amatlah penting di dalam menentukan kesahihan sesuatu dakwaan. Di dalam sains, testimoni/kenyataan saksi (eyewitness testimony) merupakan bukti yang sangat lemah. Ini kerana, secara lisan, seseorang itu mampu berdusta, samada sedar atau tak, dalam penyaksian mereka. Jadinya, yang diperlukan adalah bukti fizikal.

Bukti belahan bulan?

Atas: Gambar rekahan sepanjang 300km di permukaan bulan ini mula menjadi famous setelah ramai “cerdik-pandai” Islam mendakwa ni lah dia bukti kukuh bahawa bulan pernah terbelah dua.

Masalahnya, di permukaan bulan ada belambak lagi garisan/rekahan sebegini. Rekahan di dalam gambar ni diberi nama “Rima Ariadaeus” dan ia terbentuk akibat proses pemendapan; samada semulajadi atau akibat hentakan (meteor dsbnya).

Seorang saintis NASA, Brad Bailey, ketika ditanyakan berkenaan dakwaan bahawa gambar ni merupakan bukti bulan terbelah dua, berkata:

“My recommendation is to not believe everything you read on the internet. Peer-reviewed papers are the only scientifically valid sources of information out there. No current scientific evidence reports that the Moon was split into two (or more) parts and then reassembled at any point in the past.”

Dari sudut sejarah pula, tiada catitan mengenai bulan terbelah dua ni direkodkan oleh mana-mana pihak. Orang Parsi tak nampak, orang Greek tak nampak, orang Rom pon tak nampak. Pendek kata, takde siapa yang nampak pon. Pelik bukan? Kalaulah benar-benar kejadian, sudah tentu ramai orang yang nampak, kan? Orang dulukala akan perasan benda-benda macam ni. Maklumlah, diorang ni suka perhatikan bulan dan bintang.

Bayangkanlah, bulan terbelah dua… kan kes berat tu? Takkan takde saksi-saksi lain kot?

Apa pendirian kita?

Secara peribadinya, saya percaya insiden bulan terbelah dua ni sebagai satu metafora sahaja. Maksudnya, ia tidak berlaku secara fizikal.

Walaupun, semahu-mahunya kita mempercayai bahawa peristiwa ini benar-benar kejadian dan bukaan cobaan, dek kerana ketiadaan bukti-bukti yang kukuh, amatlah payah kita nak memastikan kesahihan cerita ini.

Majlis Hay’at Kibar al-‘Ulama (مجلس هيئة كبار العلماء) Saudi, sepatutnya duduk berbincang dengan pakar-pakar dalam bidang ini agar satu kebenaran dapat dicapai. Maklumlah isu ni berkaitan dengan aqidah. Takkan dok diam seribu bahasa kot?

Dan, sehingga bukti-bukti yang berkaitan (physical evidence) kejadian ini dapat dikemukakan, saya rasa amatlah wajar ia disiasat terlebih dahulu dan tidak dijaja sebagai suatu miracle agar dapat kita membela imej agama tercinta ini.

Wallahua’lam.

Share this on : Share on FacebookShare on TwitterShare on GooglePlusShare on PinterestShare on Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *