Salam 1 Malaysia,
Seorang warganegara Malaysia, Abd Manaf Mohd Noh, 81, atau dikenali sebagai Tok Manaf, kini berada dalam keadaan kritikal di Seoul, Korea setelah mengalami masalah jantung. Lebih memilukan kos rawatan serta pembedahan telah menjangkaui RM 800 ribu. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Korea setelah mengadu sesak nafas dan letih ketika bersiar-siar dengan keluarganya di Seoul.
Doktor terpaksa menjalankan pembedahan berikutan aortanya rosak/koyak. Kos pembedahan tersebut sahaja sudahpon mencecah RM 250 ribu. Ini tak termasuk kos rawatan. penjagaan dan yuran hospital. Difahamkan Tok Manaf terpaksa menjalani dua pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. Malangnya dia tiada insurans. Jadi kos tu perlu ditanggung oleh pihak keluarga. Selagi hutang tak langsai, pihak hospital tak boleh melepaskan Tok Manaf walaupun bila dah pulih nanti. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan.
Harap yang berkesudian dan berkemampuan tu dapatlah menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban Tok Manaf sekeluarga. Apa-apa amaun amatlah dihargai. Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun anaknya berikut:
Azman Abd Manaf
014123115825
Maybank
Harap keluarga Tok Manaf terus bersabar dan cekal hati dalam dugaan ini. Link untuk berita ini boleh dilihat di sini.
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/295491/dah-bayar-rm475000-perlu-lebih-rm300000-lagi