Salam Bersih…
Lagi satu demonstrasi Bersih bakal diadakan di Kuala Lumpur, Kuching & Kota Kinabalu pada 29-30 Ogos ini. Bagi yang tak tahu, inilah demo Bersih kali yang keempat atau lebih mesra dengan nama Bersih 4.0.
Daripada pengamatan saya, kempen kali ini mungkin dilihat sebagai yang terbesar berikutan ramai orang yang dah fed up dengan keadaan sosio-politiko-ekonomik semasa.
Masa kian berubah.
Demonstrasi jalanan tidak lagi dilihat sebagai usaha ekstrim bagi menggulingkan kerajaan oleh pihak pembangkang. Malahan, kempen-kempen Bersih sebelum ini bukannya diterajui oleh parti-parti pembangkang pun. Bersih hanyalah gabungan NGO yang perihatin kepada nasib negara yang ingin berdemo secara aman.
Dan, mesej yang ingin diperjuangkan adalah berkenaan dengan free & fair elections (proses pilihanraya yang lebih telus dan adil) dan juga ruang demokrasi yang turut adil dan saksama.
Jika anda berminat dengan mesej dan pendirian Bersih dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya… silakan klik di pautan di bawah:-
https://www.facebook.com/Bersih4.0Malaysia
atau di laman webnya di: www.bersih.org
Klip video di bawah ini diambil dalam Kempen Bersih yang diadakan pada tahun 2011. Ia menunjukkan liputan sekitar Bersih 2 yang telah diadakan di ibu negara dan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia tak kira bangsa, agama, umur dan kelas di dalam kempen tersebut.
#Bersih4.0 #FreeNfairElections #SupportBersih