Bolehkah kita hidup selama-lamanya?

Kita semua sedia maklum bahawa kehidupan ini semestinya berakhir dengan kematian. Ini tak dapat disangkal lagi. Kematian itu pasti.

Mungkin caranya kita menemui maut itu berbeza; mati accident, bunuh diri, dibunuh dan juga kematian semulajadi (natural death).

Al-Quran turut menyebut bahawa “Setiap yang bernyawa akan merasai mati…”.

Tapi bagaimana jika saya katakan bahawa suatu hari nanti manusia boleh hidup tanpa adanya kematian semulajadi lagi? Ini bermaksud, selagi kita tak mati dengan kaedah lain (accident, bunuh diri dsbnya) kita boleh hidup selama-lamanya.

Siapa yang tidak mahu hidup selama-lamanya?

Fiziologikal kita memang telah di-encodekan dengan naluri untuk menghindarkan diri daripada kematian.

Terus-terang saya katakan bahawa saya amat berminat untuk hidup selama-selamanya.

Andainya anda turut berminat, satu inisiatif akan dirasmikan pada tahun 2045 yang akan menemukan para cerdik pandai Sains bagi mencari jalan untuk menghentikan proses kematian semulajadi.

Program ini, yang dinamakan The 2045 Initiative, ditaja oleh seorang jutawan Russia bernama Dmitry Itskov bertujuan untuk menjana kehidupan kekal abadi (immortality) melalui kaedah bio-mekanikal. Lebih kurang macam cerita Robocop lah. Separa manusia, separa mesin.

Berminat? Pastikan kita masih lagi hidup sampai tahun 2045 (lagi 30 tahun) untuk ketahui boleh berjaya atau tak projek ni.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.