Bomoh Tangkap Jin Dalam Balang REVISITED

Siapa sangka, video yang saya upload ini boleh mencapai setengah juta views. Pelbagai comments yang telah saya terima (baik dan buruk) walaupun niat saya bukanlah untuk mempersenda sesiapapun.

Tujuan utama video ini adalah untuk menguji sejauh manakah masyarakat kita begitu percaya dengan perkara tahyul serta karut. Memang diakui bahawa perkara-perkara paranormal sebegini begitu menarik minat kita, namun ia bukanlah suatu langkah yang bijak dan proaktif untuk kita bertikam lidah berkenaan perkara yang tidak benar.

Jadi, saya mengambil pendekatan reverse psychology dalam meyakinkan penonton bahawa perkara-perkara paranormal ini memerlukan lebih siasatan dan bukti kukuh dan bukan mempercayainya bulat-bulat hanya kerana kita sering mendengar kisah-kisah sedemikian.

Berikut adalah video yang dimaksudkan. Jangan mudah tertipu lagi.


One thought on “Bomoh Tangkap Jin Dalam Balang REVISITED

Leave a Reply

Your email address will not be published.