Festival Makanan Antarabangsa Putrajaya 2017: Original Thai Food

Baru saja balik daripada Thai Food Festival di Putrajaya.

Pergi pon hari Sabtu, so memang ramai lah pengunjungnya tadi. Semua orang sibuk nak try sajian Thailand. Orang Malaysia ni pon bukan asing sangat dengan menu Thai ni. Antaranya, tom yam, som tam, pulut ayam, pulut mangga, lut chin (?) dan pelbagai lagi aneka masakan orang-orang Siam ni. Nama dia pon beraneka jugaklah. Jadi payahlah nak hafal semua. Tapi, as long as halal, kita bedal ajelah. Kalo tak halal pon kita bedal jugak, betul tak? Eh.

So, bawah ni saya belanja sikit gambar-gambar juadah yang telah saya ambil di sekitar festival makanan tu. Ya, juadah dia sememangnya halalan tayyibanPlease enjoy.

Satay ikan. RM 4 utk 8 pcs.
Telur dan sotong.
Sejenis BBQ daging dipanggang dan disalut sos yang spesel.

 

Makanan dia sememangnya sedap dan kena dengan citarasa kita. Terutamanya, lamb grill dan juga pulut mangga. Tapi, lamb grill ni sajian utama orang Thai ka? Ingat kut western.

Lamb grill: kesukaan orang ramai. Tapi sajian Siam ke ni?

 

Salah satu makanan favourite saya ialah pulut ayam. Kalau kita pernah pergi ke Danok, kita mungkin dah biasa dengan pulut ayam di sana. Ayamnya crispy di luar tapi juicy di dalam. Tak taulah nak cerita macam mana tapi pulut ayam di Thailand memang heaven sungguh. Tak kurang hebatnya pulut ayam di festival ni. Walaupun rasa dia ada sikit berbeza tapi still sedap jugaklah. Mungkin sebab perut pon dah lapar waktu tu kot.

Pulut ayam ni memang sedap. Mesti try ni.

 

Pancake Thai. Sekotak tu RM 5.

 

Takoyaki pon ada.

 

Jadinya, festival ini akan beroperasi hinggalah ke 8 Mac 2017 dan bertempat di Terminal Bas, Presint 14, Putrajaya (Park & Ride).

Jadi, yang belum berkesempatan berkunjung, silalah berbuat demikian. Rugi tak pi. Untuk maklumat lanjut berkenaan festival ni, bolehlah menghubungi 019-958 9276 / 019-203 6401 / 011-3120 1166. Waktu operasinya adalah daripada 10 pagi – 11 malam. Boleh rujuk poster di bawah ni.

 

 

Live to eat, eat to live.

Leave a Reply

Your email address will not be published.