Ismail Sabri PM ke-9?

Dengan keadaan negara kita yang bergolak pada hari ini, kita dikejutkan dengan pengumuman perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yasin (TSMY) sebagai PM kita yang ke-8.

Semenjak pengumuman tu, ramai tertanya-tanya, siapa yang layak memegang jawatan Perdana Menteri kali ini. Adakah Bang Non? Bang Jemin? Atuk lagi sekali? Mat Sabu? Tok Mat? Pak Komidi? Hadiah Wang? Hah… pening kapla memikirnya. 😉

Saya tak pernah salahkan TSMY berikutan kegagalan kerajaan menangani isu pandemik ini. Covid ni permasalahan yang baru. Takde sorang pun ahli politik yang pernah berhadapan isu macam ni. Jadinya, saranan demi saranan yang dibuat oleh para menteri kabinet Ikea di dalam menangani Covid 19 ni hanyalah uneducated guesses saja, at best.

FILE PHOTO: Malaysia’s Prime Minister Muhyiddin Yassin speaks during a news conference in Putrajaya, Malaysia March 11, 2020. REUTERS/Lim Huey Teng

Fungsi TSMY, atau gelaran media sosialnya, Abah, amatlah penting tatkala Rakyat menempuhi cabaran pandemik ini. Ramai antara kita yang kehilangan pekerjaan, kena potong gaji, bisnes terjejas, putus punca pendapatan, putus harapan, kematian orang tersayang dsbnya. Dalam menempuhi segala duka nestapa ini, Abah muncul sebagai seorang father figure yang tampil memberi bantuan dan mendengar permasalahan “anak-anaknya”.

Setakat ni, saya belum pun pernah ketinggalan Perutusan Khas dari Perdana Menteri… semenjak MCO pertama lagi! Bagi saya, apa yang disampaikan oleh Abah amatlah penting dan nasihat-nasihat yang diberikan amat berguna di dalam mengharungi kehidupan “norma baru”.

Lawak jenakanya yang bersahaja beserta intonasi suara yang menenangkan (dan kadang kala syahdu) menyebabkan kita terpaku mendengar ucapannya. Makin terpaku bilamana dia mengumumkan pakej bantuan rakyat menerusi pakej i-Sinar, i-Lestari dan juga i-Citra. Yelah, bagi golongan yang terkesan dengan pandemik ni, pakej-pakej di atas sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kita… walaupun tu duit kita sendiri.

Apapun, bila Abah berucap aje, semuanya diam dan memasang telinga. Ini antara ciri-ciri seorang pemimpin yang disanjungi. Kita hormat dia sebagai ketua negara dan juga sayang dia sebagai ketua keluarga. Selamat jalan, Abah. All the best in your future endeavours.

Walaupun kita dibelenggu masalah pandemik ni, masih ada lagi ahli-ahli politik yang mahu mengambil kesempatan tatkala negara kita masih dalam keadaan huru hara. Tanpa menghiraukan nasib rakyat, ahli politik yang tamak haloba ini lebih mementingkan poket-poket mereka.

Agaknya inilah punca kejatuhan kerajaan-kerajaan sebelum ni. Oleh yang demikian, PM yang baru ni seharusnya memilih jemaah menteri yang berkualiti dan boleh dipercayai! Tak maulah lagi perangai-perangai “Dr. Spanish Fly” dan Professor GST.

Antara Menteri-menteri, past and present, yang disanjungi dan patut diketengahkan lagi adalah seperti Tengku Zafrul, KJ, Syed Saddiq dll.

Ya, saya lebih suka tokoh-tokoh muda yang bertenaga, rajin dan amanah di dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Berilah peluang kepada muka-muka baru ni untuk menerajui negara.

Dulu masa PRU 2018, Rakyat mahukan satu perubahan yang drastik untuk negara tercinta. Kita keluar beramai-ramai untuk menghentikan UMNO daripada terus memerintah negara ini. We’ve had enough. Tapi pada hari ini, we are back to square one. Kita kena hukum ke sebab maukan perubahan?

Sedihnya, kita masih lagi diperintah oleh dinosaur-dinosaur tua yang kita pun dah muak nak tengok. Apapun, saya percaya bakal PM kita adalah salah seorang daripada dua tokoh di bawah ni (I could be wrong). Pilihannya terletak di bawah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Jadi, siapa yang layak diamanahkan sebagai PM ke 9? Bang Non atau Pak Long? Kita tunggu dan lihat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. And, no more race and religious-based politics lagi di masa depan. Amiin.

#RakyatJagaRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *