JAIS dipinta pulangkan Bible yang dirampas

Rampasan Al-Kitab (Bible versi Bahasa Malaysia) awal tahun ini, sebenarnya boleh dianggap sebagai satu bentuk penindasan terhadap penganut agama Kristian.

Sudahlah dakwah mereka disekat, kitab suci mereka pun kita nak kebas. Subjugasi sebeginilah yang memberikan imej buruk kepada Islam. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam mengamalkan satu sistem dictatorship melampau.

Mampukah kita bayangkan kita pula yang diperlakukan sedemikian? Sudah tentu kita takkan berdiam diri. Kita akan menuduh mereka bersifat diskriminasi dan double-standard.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangkamasa terdekat. Harap JAIS akan memberikan kerjasama dan memulangkan semula kitab-kitab yang dirampas itu kepada pemilik asalnya.

Andai masih ada lagi pertelingkahan, harap boleh diselesaikan secara ilmiah.


Leave a Reply

Your email address will not be published.