Kecoh baru-baru ini apabila viralย mengenai seorang lelaki di Kelantan yang bernikah dengan anak gadis berusia 11 tahun.
11 tahun? Gila ke apa?!
Pada awalnya saya ingat kot ada orang buat fake news tetapi rupa-rupanya kes ni benar-benar berlaku. Manusia jenis apa yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk sebegini? Sememangnya tak masuk akal langsung, bros and sis. Takde siapa boleh nak brain benda macam ni.
Walaupun ramai di antara kita yang menyelar tindakan mamat tu, tapi ada pulak segelintir yang mempertahankan perbuatan terkutuk itu dengan hujah favourite mereka… “eh, Nabi kan dulu kahwin dengan Aishah waktu dia umur enam tahun… so ianya sunnah (dibolehkan)”. Sunnah? Dibolehkan? Amboi, sedap mulut hangpa saja cakap. Cuba anak hangpa yang umur 11 tahun dinikahkan dengan pakcik rumah sebelah. Boleh?
Hujah jahanam macam ni hanya golongan ekstrimis saja yang boleh terima. Masyarakat yang berakal memang tolak mentah-mentah. Ia adalah pedofilia. Paedophilesย ni adalah sexual predator yang kita jauhkan daripada kanak-kanak. Mereka amat tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan, jika dibiarkan, akan melampiaskan nafsu seks mereka dengan kanak-kanak terbabit. Nauzubillah.
Andai ada di luar sana yang meminati, secara seksual, anak-anak kecil di bawah umur (lelaki mahupun perempuan), silalah dapatkan bantuan profesional sebelum terlambat… tak kiralah anda ni doktor ke, lawyer, mekanik, utusan dsbnya.
Dari perspektif agama pula, kahwin dengan gadis bawah umur dan sekecil ini tak menjadi kesalahan. Kerana seperti yang kita sudah maklum, Nabi Muhammad (saw) berkahwin dengan Aisha (ra) yang pada ketika itu hanya berusia enam tahun (๐ฑย gasp!).ย Hal ini direkodkan di dalam hadis berikut:
ููุญูุฏููุซูููุง ููุญูููู ุจููู ููุญููููุ ุฃูุฎูุจูุฑูููุง ุฃูุจูู ู ูุนูุงููููุฉูุ ุนููู ููุดูุงู ู ุจููู ุนูุฑูููุฉูุ ุญ ููุญูุฏููุซูููุง ุงุจููู ููู ูููุฑูุ – ููุงููููููุธู ูููู – ุญูุฏููุซูููุง ุนูุจูุฏูุฉูุ – ูููู ุงุจููู ุณูููููู ูุงูู – ุนููู ููุดูุงู ูุ ุนููู ุฃูุจููููุ ุนููู ุนูุงุฆูุดูุฉูุ ููุงููุชู ุชูุฒููููุฌูููู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ููุฃูููุง ุจูููุชู ุณูุชูู ุณูููููู ููุจูููู ุจูู ููุฃูููุง ุจูููุชู ุชูุณูุนู ุณูููููู โ.โ
“Nabi (saw) mengahwiniku sewaktu umurku enam tahun dan (bersemayam) di rumahnya sewaktu umurku sembilan tahun”.
Sahih Muslim (1422)
Bagi para doubters di luar sana yang menyangkal dakwaan bahawa Aishah berkahwin sewaktu umurnya enam tahun, hadis di atas ni lah buktinya. Hadis ni sahih dan datangnya daripada mulut Ummul Mukmineenย Aishah (ra) sendiri. Sepanjang saya ketahui, tiada ulama besar daripada Mekah atau pun Madinah (atau mana-mana sekalipun) yang tidak bersetuju dengan hadis tersebut.ย Yang ada pon Ustaz-ustaz kecilan yang sanggup berdusta dengan mengatakan umur sebenar Aishah sewaktu pernikahannya ialah 16 tahun instead of enam tahun. Ni pon geng fake news jugaklah ni. Sebabnya, Aishah (ra) sendiri berkata umur dia enam tahun ketika dia berkahwin dengan Nabi.
So, kita nak percaya kata-kata ummul mukmineen atau geng Ustaz-ustaz yang baru nak up ini?
To be continued…