Kebab Turki Baba Rafi

Lama dah tak pekena kebab Baba Rafi ni. Dulu selalu jugak makan. Bagi saya, kebab ni ringkas dan sedap. Simple, good food on the go.

Saya dulu selalu dok pi kat kiosk dia di Tesco Mutiara Damansara. Kecik je kedai dia pon. Selalu bila pi pon tak ramai customer. Mungkin disebabkan kurang sambutan, kedai tu terpaksa ditutup. Sayang sekali. Tapi, kalau dah tak untung nak buat camne, kan?

Pehtu tak merasa lagilah kebab dia sehinggalah satu hari tu saya tengah rounding di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Terserempak outlet dia kat level 4. Dekat depan KFC. Saya pun masuk order satu. Sempat jugaklah saya ambik gambar outlet tersebut. Manalah tau, nak promote kat kawan-kawan ke, sedara-mara ke, nak buat jadi kenangan ke… 🙂

Gambar di bawah ni saya ambik pada 28 Ogos 2016.

kebab_turki_baba_rafi_tbs
Kiosk Kebab Turki Baba Rafi di TBS, Bandar Tasek Selatan.

 

Yang lawaknya, keesokan harinya saya pon pi lah ke level 4 di TBS tu. Niat asalnya nak repeat order kebab semalam. Maklumlah, sebelum ni dok kempunan kebab Baba Rafi ni. Bila sampai je alangkah terkejutnya, kedai tu dah tutup. Ni bukan sekadar tutup sementara. Tapi ni tutup for good!

Takde notis, takde bagitau apa-apa. Malahan, signboard dia pon dah takde lagi. Hahahaha…

Beberapa hari lepas tu, dengan rasa tak puas hati, saya pun search lah “Kebab Turki Baba Rafi” ni kat Google, kot-kotlah company dia ada masalah ka (?). Tapi, pencarian saya di Google telah menemukan saya dengan laman web rasminya.

Kat website dia masih menunjukkan kesemua outletnya masih beroperasi lagi. Tak caya boleh tengok sendiri. Saya pun baru je check tadi. Samada websitenya memang terbiar atau sengaja tak di-update. Apapun, amat mengelirukan.

Kempunan lagilah lepas ni…

Baru-baru ni, tatkala saya dah give up dengan kebab Baba Rafi ni (sebab punya lama dok ngidam), terjumpa pulak dengan satu lagi kiosk dia di DPulze, Cyberjaya. Lokasinya di Level LG, betul-betul sebelah kiosk Hot & Roll. Saya pun cepat-cepatlah order. Terlambat kang tutup pulak kedai nanti… hehehe.

kebab_turki_baba_rafi
Kiosk Kebab Turki Baba Rafi di DPulze, Cyberjaya.

Harapnya, kedai yang ni pon akan stay open for good lah.

Jadi, kepada yang belum pernah merasa lagi, bolehlah cuba Baba Rafi kebab ni kat D’Pulze. Memang sedap dan amat sesuai sebagai hidangan alternatif kepada lambakan fast food di pasaran.

Ni alamat dia:

Kebab Turki Baba Rafi
LGK 08, DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya
Selangor

No tel: Nil

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.