Ni satu lagi contoh keganasan agama yang melampau. Kali ni di Pakistan.
Mangsa, Mashal Khan (gambar), 23, seorang pelajar di Universiti Abdul Wali Khan di Mardan, dibelasah beramai-ramai dan ditembak mati oleh sekumpulan pelajar gara-gara dituduh mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam di media sosial. Lebih mengerikan lagi, mangsa dipukul, dilibas dengan kayu, dipijak, disepak dan, kemudiannya, ditembak mati sebelum dihumban dari tingkat dua bangunan universiti tersebut.
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun.
Mashal merupakan seorang pelajar Pengajian Kewartawanan di universiti tersebut. Dia merupakan seorang pelajar cemerlang dan disifatkan sebagai seorang yang penyabar dan penuh toleransi. Jadi, kenapa dia dibunuh dengan kejam?
Para pelajar yang terlibat membunuh Mashal menyifatkan tindakan mereka adalah untuk melindungi kesucian agama Islam. Tapi, perlu ke sampai begitu kejam sekali? Haiwan pun kita tak perlakukan seperti tu. Inikan pula manusia.
Sehari selepas kejadian itu, video mangsa dipukul dan dibunuh oleh kumpulan pelajar terbabit menjadi viral.
Walaupun kejadian ini berlaku nun jauh di Pakistan sana, tapi mentaliti sebegini sebenarnya sudah pun ada di tanahair kita. Ada segelintir Orang Islam mempunyai mentaliti yang terlebih ghairah di dalam beberapa hal yang berkaitan Islam. Ghairah di sini bukan bermaksud ghairah seperti yang kita fahami dalam Bahasa Malaysia.
Dalam Bahasa Malaysia, ghairah bermaksud nafsu seks yang kuat. Dalam Bahasa Arab pula, ghairah merujuk kepada overprotectiveness ataupun semangat nak melindungi sesuatu/seseorang. Ringkasnya, terlalu ghairah bermaksud terlebih semangat.
Sebagai contoh, apabila beberapa isu sensitif berkaitan Islam dibangkitkan, kebanyakan orang Islam mula melatah dan menjadi terlampau defensif. Ini menyebabkan ruang untuk perbincangan semakin mengecil dan perasaan emosi mula membuak-buak. Kalau setakat marah-marah tu takpe lagi. Tapi bagaimana pula kalau sesuatu perbincangan itu bertukar ganas? Inilah yang dinamakan terlebih ghairah.
Kita seharusnya bijak menangani isu-isu berkaitan agama. Tak kiralah apa isunya pon. Setakat orang nak persoal atau nak pertikai mana-mana agama sepatutnya tak menjadi masalah. Tujuan utama kita mempersoalkan sesuatu adalah untuk mendapatkan jawapan.
Apakah agama kita ni tak boleh dipersoalkan langsung?
Tak dinafikan, ramai yang berasa sangat marah dengan kes pembunuhan ni. Mereka beranggapan sekiranya Mashal Khan ni bersalah sekalipun, takkanlah sampai kena dera dan dibelasah dengan kejam. Diharapkan mereka-mereka yang terlibat di dalam pembunuhan ini dibawa ke muka pengadilan.
Takkanlah sampai berbeza pandangan pon kena bunuh. Bukankah Islam itu religion of peace?
#mashalkhan