Sekarang ni kecoh lagi pasal isu Malay Atheists apabila viralnya foto yang didakwa sebagai wefie yang diambil ketika perjumpaan Malaysian Atheists pada bulan lepas. Ada yang mendakwa dalam gambar tu ada beberapa orang Melayu yang turut serta. Entah betul, entah tidak dakwaan tu. Tapi, apa pun gambarnya di bawah ni.
![]() |
Pertama sekali, betul ke ada orang Melayu dalam gambar di atas ni? Atau mungkin nampak iras-iras Melayu? Kengkadang kita ni cepat sangat jump to conclusion. Kot ada sape-sape yang kenal orang dalam gambar ni. Sudilah tampil beri penjelasan. Sekadar nak kepastian, yang mana satu yang Melayu? Tapi apa yang pastinya kemunculan foto ini dikecam teruk dalam media sosial. Ramai yang menghentam dan menyelar Melayu Atheist ni.
Lebih drastik lagi, ada yang mengesyorkan hukuman bunuh terhadap geng Melayu Atheist ni sebab mereka dah murtad. Amboi, bukan main brutal lagi hangpa menghukum sampai nak berbunuh-bunuh pulak.
Sehinggakan ada seorang menteri mengeluarkan kenyataan nak “buru” puak-puak murtad ni. Oi, gila apa punya statement? Adakah ni kenyataan yang layak keluar daripada mulut seorang Menteri? Shame on you!
Lupakah kita bahawa Islam menganjur kepada keamanan?
Sedang kita dok selalu mencanangkan bahawa Islam ni adalah religion of peace. Belakang kalu, sampai nak bunuh-membunuh ni apa kes? Mana dia “keamanan” yang kita dok perjuangkan itu?
Kalau pun ada Melayu Atheist (ateis/tiada beragama) ni, usah kita lupa bahawa dalam perlembagaan, kita ada kebebasan beragama. Jadi, mengikut perlembagaan, mereka berhak nak memilih fahaman masing-masing. Samalah macam kita berhak memilih agama kita sendiri. Mereka ada hak, kita ada hak. Ya, ia semudah itu. Tak taulah kenapa ada pihak yang gemar menyukarkan keadaan.
Sudah tentunya bukan hak kita nak “meng-agamakan” orang lain.
Tapi yang sebaliknya pula berlaku, kita suka memaksa orang lain untuk menerima fahaman kita. Kononnya fahaman kita sahaja yang betul. Dan kita cenderung untuk melabelkan fahaman orang lain sebagai karut. Ni memberikan gambaran negatif bahawa Islam ni tak boleh dipersoalkan langsung.
Benarkah begitu?
Yup. Spot on bro.