Mencari Sazrul Hafizie

Kepada dindaku Sazrul Hafizie,
Ke mana kau pergi menghilangkan diri?
Kali terakhir ku terlihat wajahmu ini,
Terpampang jelas di CCTV.

Sekarang menjadi tanda tanya.
Siapakah kawan yang menjadi pembantunya?
Hidup tak senang, jiwa tak tenteram.
Sentiasa curiga di khayalak awam.

Wang yang hilang boleh diganti,
Maruah tergadai tiada terbeli.
Mengumpan kasih ingin dihormati,
Sayang sekali tiada harga diri.

Apakah motif tindakan saudara?
Nak mengejar kemewahan hidup dunia?
Jangan lupa hidup ni sementara,
Kat akhirat jugaklah jawabnya.

4.3.15 – Shahril Azmir
www.shahrilazmir.com/mencari-sazrul-hafizie/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *