Umum sedia maklum bahawa operasi di Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT) akan berpindah dengan rasminya ke KLIA 2 pada 9 Mei 2014. Setakat ini, semua penerbangan (kecuali Air Asia dan Air Asia X) telahpun memulakan operasi di KLIA 2 sebelum tarikh rasmi tersebut. Jadi, tarikh terakhir bagi LCCT adalah 8 Mei.
Hanya sehari dua sahaja lagi sebelum LCCT bakal ditutup dan menjadi tinggalan sejarah dalam industri penerbangan tanahair.
Untuk kenangan kita bersama, berikut merupakan selitan gambar-gambar menjelang detik-detik terakhirnya.
Goodbye, LCCT!










