Ramadan 1435H

Sekadar ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada Muslimin dan Muslimat sempena bulan yang mulia ini.

Dah lebih seminggu kita berada di dalam bulan Ramadan (rasa macam dah berbulan-bulan lamanya) dan, seperti tahun-tahun sebelumnya, Ramadan kali ini tetap menjanjikan Pasar-pasar Ramadan aka Bazaar Ramadan aka Pesta Makanan  & Kuih-muih besar-besaran di seluruh Malaysia.

Ni lah timenya kita nak dapatkan kuih-muih yang kita dok idam-idamkan selama ni. Tak lupa  juga kuih-muih yang kita baru nak cuba untuk pertama kali.

Apa pun, harapnya kita dapat mengekalkan sikap kesederhanaan dan tidak berbelanja (atau makan) melebihi had kita.

Akhir kata, Ramadan mubarak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.