Selamat Hari Raya 2021

Eid Mubarak!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 2021.

Dalam keadaan pandemik sebegini, agak depressing jugaklah bagi sesetengah pihak nak sambut raya. Nak rentas negeri masih tak dibenarkan. Nak buat gathering pun tak boleh.

Akan tetapi, semua SOP yang ditetapkan kerajaan ni adalah bagi melindungi rakyat negara kita dari Covid 19.

Kita seharusnya bersyukur masih lagi berada dalam kesihatan yang baik di samping keluarga kita. Pastikan juga ahli-ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kita berada dalam keadaan kesihatan mental yang baik.

Maklumlah, keadaan sekarang ni pun amat malap. Masa depan kita pun agak terumbang-ambing. Kita mengharapkan dapat bangkit dari mimpi ngeri ini.

Jadi kalau kita kenal sesiapa yang mengalami kemurungan, bantulah mereka mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Stay positive and stay safe ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *