Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435H

masjidil_haram

Eid Mubarak!

Sekali lagi Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu ke Tanah Suci bagi melaksanakan salah satu rukun Islam iaitu ibadat Haji. Diharapkan mereka berada di dalam keadaan selamat senantiasa hendaknya.

Kepada yang belum pernah mengerjakan ibadah Haji harap-harap banyak bersabar dulu. Banyak-banyaklah belajar pasal Hajj dan hal-hal berkaitan, samada daripada sumber online mahupun kenalan/saudara-mara yang pernah pergi ke Tanah Suci (pastikan sumber yang rajih).

Saya kira ibadah Haji ini sebenarnya lebih memerlukan daya fizikal berbanding spiritual. Bayangkan kepayahan yang warga-warga emas terpaksa harungi semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah.

Menyusahkan sebenarnya tapi mereka masih mahu melakukannya juga. Mengapa? Wallahua’lam.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1435H.

Leave a Reply

Your email address will not be published.