Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Eid Mubarak!

Akhirnya, kita dah pun sampai ke penghujung Ramadan. Tinggal sehari je lagi.

Lepas ni dah tak payah nak tahan lapar dan dahaga lagi dah (ataupun perkara-perkara yang membatalkan puasa). Yang selama ni dok paksa diri tu bolehlah bernafas lega.

Adapun kebaikan bulan puasa ini sebenarnya adalah untuk mendidik kita merasai apa yang dialami oleh golongan-golongan miskin yang terpaksa berlapar dan berdahaga sepenuh masa.

Dan, Hari Raya merupakan ganjaran kepada kita setelah “berpenat lelah” berpuasa sebulan.

Kita diganjarkan dengan ketupat, lemang, rendang, serunding dan bermacam-macam lagi juadah dan hidangan raya. Semuanya untuk dibedal belaka.

Tapi, adakah Hari Raya ni sekadar hari pelepasan nafsu makan dan minum sahaja?

“Bila tiba masanya berhari Raya…”

Hari Raya ni bukan sekadar simbolik sahaja. Banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka, yang indah, yang sedih dan seribu satu lagi peristiwa yang berlaku dalam diri kita.

“Di Hari Raya, terkenang daku kepada si dia…”

Mungkin juga peristiwa yang menyayat hati – yang meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri kita. Ataupun, imbasan silam sewaktu kita kecil menyambut Raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Banyak yang boleh diperkatakan tentang Hari Raya. Dan, lebih banyak yang boleh kita abadikan di Hari Raya ini.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.