
Salam Merdeka Norma Baharu.
Dalam kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kita yang ke-63 ini, kita dibelenggu pula oleh satu masalah yang amat dahsyat.
Ada di antara kita yang hilang punca pendapatan, ie; hilang kerja, bisnes lingkup dll. Maklumlah, keadaan ekonomi yang terjejas teruk daripada pandemik Covid-19 ini yang turut menjejaskan kita semua.
Ada yang terpaksa mencari pendapatan sampingan hanya untuk membiaya diri dan keluarga. Lebih menyedihkan lagi, ada yang membunuh diri kerana keadaan kewangan yang amat gawat.
Kebanyakan peniaga juga mengalami kerugian sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar.
Tatkala sambutan kemerdekaan tahun ini, ramai yang menghadapi suatu kesusahan yang dirasakan tiada kesudahan. Kalau adapun, pastinya memakan masa yang lama untuk kita membina kembali kehidupan biasa.
Sebelum MCO dulu, kita dikejutkan dengan “Langkah Sheraton”, suatu permainan politik yang dimainkan oleh ahli-ahli politik untuk berebut mendapatkan kuasa. Saya pun tak nak lah ulas lebih lanjut berkenaan keadaan politik semasa disebabkan saya pun pening kepala jugaklah memikirnya.
Akan, tetapi, saya merasakan kerajaan yang kita ada pada hari ini mampu mengendali krisis yang dihadapi dengan baik.
Lagi satu norma baru adalah SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekarang ni kita kena pakai face mask, menjaga penjarakkan sosial dan mendaftar nama/memeriksa suhu bila di khayalak awam. Oh ya, saja nak tambah, ejaan sebenarnya ialah penjarakkan sosial (ada dua K) dan bukannya penjarakan sosial. Harap DBP betulkanlah kesilapan ni.
Apapun, langkah-langkah SOP ini adalah untuk menjamin keselmatan dan kesejahteraan kita dari bahaya Covid-19.
Kebanyakan rakyat Malaysia tiada masalah mengamalkan SOP ini, namun, ada segelintir yang masih degil.
Kemerdekaan mengajar kita, sebagai rakyat Malaysia, untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat bersama. Mungkin setelah sekian lama merdeka, kita pun dah lupa erti bekerjasama dan saling bantu-membantu.
Mungkin kita boleh ambik iktibar dari video di bawah ini.
Salam Merdeka Norma Baharu.