SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-64

Ni dah dua tahun berturut-turut kita terpaksa menyambut Hari Kebangsaan kita dalam keadaan pandemik Covid 19. Walaupun sambutannya agak suram, namun kita harus kekal positif di dalam melawan pandemik ini. Janganlah kita berputus asa.

Kes pertama Covid 19 yang melanda tanahair adalah dalam bulan Januari 2020. Dua bulan kemudian, Malaysia diletakkan dalam keadaan lockdown oleh kerajaan.

Kalau diikutkan stats di bawah ni, kes harian yang kita hadapi pada Hari Merdeka tahun lepas cuma enam kes sahaja.


Kes Harian Hari Merdeka 2020.

Waktu ni, Malaysia dipuji oleh negara-negara luar di atas cara kita mengawal pandemik ni. Mana taknya, dalam sehari jumlah kes hanya single-digit aje maa. Siap ada orang buat vid pasal kita kat Youtube lagi. Tudiaa, punya hebatnya kita. Malaysia Boleh!

Credits to
Other Side of the Truth

Tapi apakan daya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dalam pada kita baru nak up di mata dunia sebagai sebuah negara yang hampir-hampir berjaya mengekang kemaraan Covid-19, tragedi September pulak berlaku… adoi.

Laa… awat pi lompat?

Masalah besar ni berlaku tak sampai sebulan dari Hari Kemerdekaan iaitu pada 26 September, 2020, apabila Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah diadakan berikutan Kemelut Politik Malaysia yang menyaksikan Menteri Besar Sabah, Shafie Apdal, meletak jawatannya dan membubarkan DUN.

Saya pun malas cerita in detail lah pasal isu politik ni sebabnya dah naik muak dengan perangai ahli politik kita. Apa yang saya boleh katakan, perasaan tamak haloba ni satu perkara yang merbahaya.

Apapun, disebabkan PRN inilah kes Covid harian semakin meningkat. For the record, saya tak salahkan peningkatan mendadak ni disebabkan 100% oleh PRN Sabah ni. Namun, pergerakan bebas para pengundi dari Semenanjung ke Sabah dan dari Sabah pulang semula ke Semenanjung ini berkemungkinan besar menjadi catalyst kepada penyebaran virus ini di Sabah dan juga Semenanjung. Kalau tak percaya, bolehlah tanya kat Abah. Link artikel ini juga di bawah.

PRN Sabah Punca Kes Meningkat

Fast forward setahun kemudian, di hujung Ogos 2021, negara kita masih lagi dibelenggu dengan pandemik ni. Sekali lagi, saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab pandemik ni merupakan masalah besar yang melanda dunia. Kita terima takdir yang menimpa masyarakat kita dan kita haruslah menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Manusia kan pandai adaptasi.

Saya percaya exodus inilah yang menjadi catalyst kepada penyebaran virus ini di Sabah dan juga Semenanjung.

www.shahrilazmir.com

Lihat sajalah statistik kes harian Hari Kemerdekaan tahun ni. Kes harian mencecah 20,897. Dan angka ni bukanlah angka paling tinggi yang kita pernah dapat.


Kes Harian Hari Merdeka 2021.

Apa yang dapat saya rumuskan berkenaan pandemik ini ialah ia mengajar kita erti kehidupan. Nyawa terlalu berharga. Sayangilah ibu bapa kita, ahli keluarga, sahabat handai, kenalan di pejabat. Gunakanlah segala maklumat yang terdapat di alam maya dengan sebaiknya.

Kalau pada satu masa dulu kita bebas ke sana, ke sini tanpa menjaga kebersihan am, tanpa menjaga penjarakkan sosial dan fizikal, maka semua itu harus berubah.

Ingat, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan. Pakai facemask betul-betul. Dah nak masuk dua tahun pandemik ni, tapi masih pakai facemask kat dagu? Memang fail. Jangan lupa juga menjaga penjarakkan fizikal kita. Tak mau lah diri rapat-rapat sangat dengan orang lain. Jaga jarak kita sekurang-kurang nya satu setengah meter. Lagi jauh, lagi bagus.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira di mana jua anda berada.

Dataran Merdeka, 31 Ogos 2021.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#RakyatJagaRakyat #Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *